Payment

  • Selepas mengisi borang tempahan, anda akan menerima email pengesahan dari Apple Biru Touch beserta dengan permintaan pembayaran. 
  • Anda diberi pilihan untuk membuat pembayaran melalui ‘cash deposit’, ‘online payment’, ataupun melalui kad kredit. 
  • Buat masa ini, kami hanya menggunakan dua akaun bank sahaja, iaitu Maybank dan CIMB yang mana pembayaran boleh dilakukan melalui ‘cash deposit’ ataupun secara online (Maybank2u/CIMBclicks).
  • Anda juga perlu menghantar bukti pembayaran sejurus selepas pembayaran dilakukan bagi memudahkan proses penghantaran dilakukan. Harus diingat bahawa pihak kami tidak akan memproses sebarang pembelian tanpa bukti pembayaran yang sah dari pelanggan.

CARA MENGHANTAR BUKTI PEMBAYARAN

PEMBAYARAN MELALUI CASH DEPOSIT
  • Jika anda membuat pembayaran melalui ‘cash deposit’ sama ada Maybank ataupun CIMB, pastikan anda menyimpan resit transaksi dan email gambar resit tersebut ke applebirutouch@gmail.com.
  • Sekiranya anda menghadapi masalah untuk ‘scan’ gambar resit tersebut, kami juga menerima gambar yang diambil melalui telefon bimbit. Tetapi dengan syarat gambar tersebut mestilah jelas dan boleh dilihat.

PEMBAYARAN MELALUI ONLINE (MAYBANK2U/CIMBCLICKS)
  • Pembayaran secara online adalah amat disarankan memandangkan ia lebih mudah dan pantas. Sekiranya anda belum pernah lagi menggunakan perkhidmatan perbankan online ini, anda boleh mendapatkan maklumat di bank untuk cara-cara menggunakan perkhidmatan ini.
  • Log in akaun perbankan anda dan klik di bahagian ‘Account Transfer’ atau ‘Fund Transfer’. Isikan semua maklumat yang diperlukan seperti jumlah transaksi, no akaun penerima, email penerima dan keterangan pembayaran (nombor rujukan tempahan).
  • Kami hanya akan memberikan nombor akaun bank kami melalui email bagi mengelak sebarang bentuk penyalahgunaan. Pastikan juga anda memasukkan alamat email kami iaitu applebirutouch@gmail.com di ruangan email penerima.
  • Setelah proses transaksi berjaya, anda akan melihat status ‘Successful Transaction’ di monitor anda dan tekan butang ‘Prnt Scrn’ di keyboard anda. Butang ini terletak di bahagian penjuru kanan sebelah atas keyboard anda.
  • Selepas itu, buka aplikasi ‘Paint’ di komputer anda dan ‘Paste’ atau tekan butang ‘Ctrl’ dan ‘V’ di keyboard anda. Sekarang gambar bukti transaksi tadi akan muncul dalam aplikasi ‘Paint’ tersebut.
  • Save file tersebut dalam format ‘JPEG’ dan email ke applebirutouch@gmail.com sebagai bukti pembayaran anda.

PEMBAYARAN MELALUI KAD KREDIT
  • Untuk makluman semua, pembayaran melalui kad kredit (Master/Visa) hanya boleh dibuat melalui ‘Paypal’ sahaja. Anda dikehendaki mendaftar dahulu akaun di ‘Paypal’ sekiranya anda tidak mempunyai akaun tersebut.
  • Untuk maklumat lanjut bagaimana mendaftar akaun ‘Paypal’, anda boleh membacanya di sini
  • Harus diingat bahawa pembayaran melalui kad kredit akan dikenakan caj tambahan sebanyak (3.4% + RM 2) yang mana caj ini akan dimasukkan ke dalam jumlah keseluruhan pembayaran.
  • Pastikan juga anda memasukkan alamat email kami iaitu applebirutouch@gmail.com ketika melakukan proses pembayaran.
  • Penghantaran bukti pembayaran adalah hampir sama dengan cara pembayaran online seperti yang telah dinyatakan di atas.


PERINGATAN !

Pastikan anda sertakan sekali nombor rujukan tempahan yang pihak kami berikan kepada anda semasa menghantar bukti pembayaran untuk memudahkan kami mengenalpasti barangan yang anda beli.

Terima kasih kerana membeli-belah di Apple Biru Touch!